Sunday, 18 May 2014

Cara Pengambilan Vitamin Shaklee


VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : 
Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : 
Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

OSTEMATRIX (Kalsium) :
Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

LECITHIN : 
Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN

  1. JANGAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
  2. JANGAN Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.
  3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.
  4. JANGAN Mengambil suplemen bersama minuman berkafein kerana ianya mengurangkan kadar penyerapan suplemen secara efiesien!

Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak
mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut
cadangan di atas. WALAUBAGAIMANAPUN, IA BUKANLAH MUKTAMAD DAN MASIH BERGANTUNG KEPADA TUBUH BADAN KITA.

CADANGAN JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE

Waktu Cadangan Pengambilan

Pagi
B Complex dan Vitalea untuk memberi kesegaran dan ‘mood’ yang baik.

Minum Pagi
ESP

Tengah Hari
Vitamin C dan Alfalfa

Minum Petang
ESP

Makan Malam
Lecithin/Kalsium/Vitamin E

Supplement Cadangan Pengambilan
Zinc
Seminggu dua kali kecuali mereka yang ada masalah rambut yang serius.

Nutriferon
Seminggu sepeket setiap hari (Kecuali waktu sakit).

Mealshake 
Boleh dibancuh dengan ESP dan PD jika ada.

Alfalfa
Ambil ikut kesesuaian.Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam diambil bersama ESP. Lelaki juga boleh guna jadual ini mengikut kesesuaian.

Mudahkan? Apa-apa pun, jadual pengambilan vitamin dan supplemen ini hanyalah panduan kepada anda semua namun KESESUAIANNYA MASIH BERGANTUNG KEPADA TUBUH BADAN KITA.

0 comments:

Post a Comment

 

Multivitamin Untuk Sihat dan Cantik | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL